Trump membuat kenyataan itu ketika beliau diwawancara oleh rangkaian televisyen ITV, hari ini.

Dalam wawancara itu, Trump turut mendedahkan amalan pemakanannya yang sering dikaitkan dengan pengambilan makanan segera seperti burger dan minuman berkarbonat Coca Cola.

“Saya hanya mengambil makanan terpilih, daripada kalangan chef terbaik dunia. Saya mengambil makanan sihat dan ada kalanya menikmati makanan segera.

“Saya rasa saya memiliki tabiat pemakanan yang agak bagus,” katanya.

Beliau juga menyatakan kesediaan untuk menetap di Paris tetapi ia perlu memberi manfaat kepada Amerika Syarikat. – REUTERS