Menurut kenyataan dari pegawai pemilihan dan laporan media, lebih 20 pemimpin negeri menolak permintaan itu, mengatakan bahawa mereka tidak perlu berbuat demikian kerana tindakan tersebut melanggar polisi privasi pengundi.

“Banyak negara enggan memberikan maklumat kepada panel penipuan pemilih yang sangat terkenal. Apa yang mereka cuba sembunyikan?,” kata Trump di lamab Twitternya.

Setiausaha Negeri Kentucky, Alison Lundergan Grimes memberitahu Reuters sebelum ini dalam satu temu bual bahawa suruhanjaya tersebut dibentuk tanpa asas yang kukuh.-REUTERS