Trump kembali ke Rumah Putih selepas mengadakan lawatan sembilan hari ke Timur Tengah dan Eropah yang berakhir semalam.

“Pada pendapat saya, banyak laporan palsu yang dikeluarkan adalah pembohongan direka oleh media #FakeNews,” kata Trump dalam beberapa kenyataan di dalam laman Twitter rasminya.

Tambah Trump, beliau menjelaskan sekiranya sesuatu berita tidak dinyatakan sumber sahih atau tidak bernama, laporan berkenaan sebenarnya adalah palsu. - REUTERS