Beliau merujuk kepada persetujuan diberikan oleh parti Demokrat untuk menyokong rang undang-undang sementara pembiayaan kerajaan persekutuan selepas Republikan berjanji untuk mengadakan perbahasan tentang masa depan pendatang haram di negara ini.

Trump berkata, parti Demokrat telah ‘tewas’, sekali gus membolehkan menandatangani rang undang-undang berkenaan petang semalam.

Rang undang-undang itu me­rupakan langkah sementara ke­empat sejak bulan Oktober lalu selepas pentadbiran di Capitol Hill enggan meluluskan bajet jangka panjang dan diluluskan dengan keputusan undi 81-18 Senat dan 266-150 Dewan Perwakilan awal semalam, lapor portal BBC.

Berikutan itu, kerajaan akan mempunyai mendapat dana untuk beroperasi sehingga 8 Februari ini sebelum Kongres mencapai persetujuan untuk meluluskan bajet jangka panjang.

Beratus ribu kakitangan persekutuan yang bercuti tanpa gaji buat sementara waktu sejak Sabtu lalu kini mampu menarik nafas lega.

Sementara itu pemimpin Senat Republikan, Mitch McConnell berkata, partinya ‘bersetuju’ untuk berunding berhubung gesaan parti Demokrat tentang perjanjian melibatkan pendatang asing di AS.

Parti Demokrat menuntut perlindungan daripada dihantar pulang diberikan kepada Dreamers iaitu lebih 700,000 pendatang muda yang memasuki AS ketika masih kanak-kanak.

Parti Republikan menegaskan persetujuan tentang isu pelarian berkenaan tidak mungkin tercapai jika perkhidmatan kerajaan persekutuan terus dihentikan.

Sementara itu, Trump dalam kenyataan berkata: “Saya gembira kerana parti Demokrat dalam Kongres telah sedar. Kami akan membuat perjanjian jangka panjang tentang pendatang jika ia memberi kebaikan kepada negara ini.’’

Kenyataan itu menyebabkan parti Demokrat sangsi terhadap janji McConnell, bahkan beberapa kumpulan li­beral berang dengan persetujuan untuk membuka semula operasi kerajaan.

Calon-calon bagi pilihan raya Presiden 2020 dari Demokrat yang berada dalam Senat ke­semua mengundi menentang rang undang-undang itu.