Perdana Menteri Sweden, Stefan Lofven menyifatkan insiden berkenaan merupakan satu serangan keganasan dan beliau telah mengarahkan kawasan itu dikosongkan.

Anggota polis dan pasukan kecemasan turut dikerahkan ke tempat kejadian.

“Saya melihat tiga orang mati, namun berkemungkinan lebih ramai lagi mangsa,” kata wartawan Radio Sweden, Martin Svenningsen.

Agensi berita kebangsaan TT melaporkan polis mengesahkan seramai tiga orang telah terkorban dalam kejadian berkenaan. - REUTERS