Selama lima hari petugas penyelemat dan pegawai kerajaan berhadapan dengan kesukaran untuk sampai di kawasan yang agak ke pedalaman di pinggir bandar Palu yang musnah dalam gempa bumi itu.

PENDUDUK berjalan melintasi rekahan jalan di Petobo, Sulawesi.
PENDUDUK berjalan melintasi rekahan jalan di Petobo, Sulawesi. - AFP

Mereka terpaksa melalui jalan yang sudah diibaratkan seperti jungkang-jungkit yang ada anatarnya retak selebar beberapa meter yang menyebabkan usaha untuk sampai ke Petobo mengambil masa.

Berdasarkan pengalaman mangsa ini suasana ketika gempa bermagnitud 7.5 itu berlaku.

Ia melenyapkan rumah, sekolah dan jalan raya serta menghasilkan keretakan besar dibumi yang memusnahkan apa sahaja yang ada di sekeliling.

Sejuah mata memandang hanya kelihatan bumbung-bumbung rumah yang musnah, talian elektrik yang sudah rebah kebumi dan runtuhan demi runtuhan.

BEBERAPA penduduk menunaikan solat Magrib di tempat terbuka di

BEBERAPA penduduk menunaikan solat Magrib di tempat terbuka di Palu, Sulawesi. Rumah kediaman dan masjid di kawasan itu musnah ekoran hempa bumi dan tsunami yang melanda Jumaat lalu yang mengorbankan ribuan mangsa. - AFP

Tidak ada tsunami - Petobo jauh ke darat - tetapi bumi itu sendiri mencair di bawah kesan gegaran yang kuat.

Fenomena ini dipanggil pencairan yang sering dipantau oleh pakar-pakar gempa bumi.

Gempa kadang-kadang melanda dengan kesan yang cukup kuat hingga partikel-partikel tanah menjadi longgar dan larut bersama air dan tanah itu sendiri mula menjadi cecair.

Di beberapa tempat tanah telah menaik beberapa meter menelan rumah dan mengangkat kereta hingga ke bumbung.

Seorang mangsa yang selamat, Muzair. 34, hanya mampu menyelamatkan sisa-sisa yang tinggal dari rumahnya yang dihanyutkan tanah.

Dia kemudiannya berpaut pada sebatang balak yang turut hanyut bersama pergerakan tanah itu.

“Rumah saya dihanyutkan beberapa meter dari atas ke bawah sana. Rumah jiran saya pula bertindih antara satu sama lain,” katanya kepada AFP.

PENDUDUK kembali ke kediaman mereka yang ranap untuk mencari barangan

PENDUDUK kembali ke kediaman mereka yang ranap untuk mencari barangan yang boleh diselamatkan ekoran gempa bumi dan tsunami yang melanda kawasan tengah Sulawesi Jumaat lalu. - AFP

Katanya, apabila gempa pertama melanda ia memecahkan tanah, kemudian gempa kedua melanda menyebabkan tanah berpusing diikuti dengan lebih 170 gempa susulan selepas itu.

“Tanah mula berubah dan tiba-tiba melonjak ke atas. Tanah itu naik lalu menimbus rumah. Sebuah rumah naik ke atas dan sebuah lagi tenggelam ke bawah,” katanya.

Lima daripada ahli keluarga MUzair masih lagi hilang.

Di beberapa tempat lain pula dibanjiri oleh air yang keluar daripada rekahan besar di bumi.

“Saya belum menemui kawan saya sejak gempa bumi empat hari lalu,” kata seorang lelaki yang mundar-mandir di kawasan runtuhan itu mencari tanda-tanda mangsa yang masih hidup. - AFP