Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Topeng muka berteknologi tinggi dihasilkan

NEW YORK 13 Mei – Sebuah syarikat teknologi berjaya menghasilkan topeng muka yang mampu menapis udara tercemar dan merekodkan data kualiti udara untuk kegunaan penduduk di negara-negara yang sering mengalami masalah jerebu atau pencemaran udara.

Berbanding topeng muka kertas yang sering dibuang selepas digunakan, topeng tersebut yang diperbuat daripada plastik boleh digunakan setiap hari malah ‘tidak menyembunyikan wajah pe­ngguna’.

Pengasas syarikat 0202 memutuskan untuk menghasilkan topeng berkenaan selepas menjelajah dan menetap di bandar-bandar besar seluruh dunia.

Menurut portal Engadget yang dipetik Daily Mail, topeng tersebut bersaiz sebuah kamera dan lebih ringan daripada fon kepala namun syarikat itu bercadang untuk mengecilkan saiznya.

Berbanding topeng muka getah yang mengeluarkan bau akibat lembapan daripada mulut dan hidung, topeng hasil syarikat 0202 itu membenarkan udara beredar di bahagian muka melalui dua kipas di bahagian tepi topeng itu.

Alat penapis pada kipas akan membersihkan udara sebelum bertiup namun alat itu perlu ditukar setiap 40 jam bergantung kepada tahap pencemaran.

Kipas itu juga akan membersih­kan sebarang kabus pada plastik topeng berkenaan.

Lebih menarik, topeng tersebut mampu mencatat data pencemaran udara dari seluruh bandar penggunanya dan mampu menghasilkan peta pencemaran udara serta dijangka dijual dengan harga AS$100 (RM434).

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain