Portal NZ Herald melaporkan, Ian Lambie berkongsi mesej tersebut berserta nasihat untuk mengatasinya selepas kejadian serangan di dua masjid di Christchurch.

Salah seorang suspek telah merakam video dia menembak mangsa di salah sebuah masjid dan rakaman tersebut telah menjadi tular di media sosial.

“Jangan tonton video itu. Menontonnya hanya membuat trauma, ia tidak akan membantu.

“Rasa cemas, tidak mahu keluar dari rumah, hilang minat terhadap aktiviti seharian dan mengalami masalah sukar untuk tidur antara tanda seseorang itu tidak boleh mengatasinya,” katanya.

Menurutnya, perasaan tersebut adalah normal untuk seketika namun jika berterusan itu adalah perkara yang membimbangkan.

Oleh itu, katanya, dia menggalakkan orang ramai untuk bertemu satu sama lain terutama di Christchurch dengan hanya menunjukkan kebaikan dan belas kasihan kepada manusia. -AGENSI