Suharto yang menerajui Indonesia selama 32 tahun secara kuku besi telah membangkitkan bantahan ramai atas dakwaan rasuah dan nepotisme dalam kalangan ahli keluarganya.

Hutomo, 55, atau lebih dikenali sebagai 'Tommy', pernah di­penjara pada 2002 selama 15 tahun atas dakwaan mengupah pembunuhan hakim mahkamah agung yang mengaitkannya dalam kes rasuah sebelum dibebaskan lebih awal pada 2007.

Sebelum ini, Tommy dalam ucapannya di Solo berkata, banduan yang dibebaskan setelah menjalani hukuman seperti beliau juga mempunyai hak yang sama dengan orang lain.

Kebanyakan ahli Berkarya adalah ahli bekas parti Golkar, parti politik arwah bapanya dan me­rupakan kedua terbesar dalam Parlimen.

Anggota keluarga Suharto telah membuat cubaan berulang kali menyertai arena politik de­ngan menonjolkan perpaduan dan juga keselamatan di bawah kerajaan Suharto.

Hutomo yang merupakan pengerusi Parti Berkarya atau ‘be­kerja’ berkata, Indonesia tidak mungkin lagi kembali seperti masa lampau kerana sebahagian telah menjadi sejarah.

“Apa yang kita mahukan adalah terus membangun dan meneruskan perkara-perkara yang baik yang dilakukan kini,” kata­nya.

Sementara itu, Pemangku Setiausaha Jeneral Parti Berkarya, Badaruddin Andi Picunang berkata, misi dan visi parti ini adalah untuk menyediakan pilihan alternatif dalam pilihan raya 2019.

“Ramai mengharapkan kestabilan dan kepesatan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan teguh dalam dekad-dekad yang lalu. Apa yang dilihat ketika ini di mana-mana berlaku pembunuhan, penyeluk saku dan pemimpin agama diserang,” katanya.

Parti baharu itu menyasarkan untuk memenangi 80 kerusi dengan sekitar 14 peratus daripada 575 kerusi di Parlimen. – REUTERS