Semalam, dua gabenor Repub­likan mengumumkan akan be­kerjasama dengan ahli politik Demokrat bagi menangani peru­bahan iklim selepas pengumu­m­an Trump mencetuskan kritikan hebat daripada ahli akademik, pemimpin industri dan pakar-pakar alam sekitar.

Duta Perubahan Iklim Pertu­buh­an Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Michael Bloomberg turut bersedia menyumbang AS$15 juta (RM63.9 juta) kepada agensi penyelaras perjanjian bagi menampung kos yang mungkin terpaksa dikeluarkan sekiranya AS menolak untuk membayar bahagiannya.

“AS akan menghormati dan memenuhi perjanjian Paris dari segala aspek. Satu kumpulan terdiri daripada Datuk Bandar, Gabenor dan pemimpin perniagaan dari kedua-dua parti politik juga telah menandatangani kenya­taan sokongan yang akan dihantar ke PBB.

“Bersama-sama, kita akan mencapai matlamat pengurangan pelepasan gas yang dibuat di Paris pada 2015,” kata Bloomberg yang terbang ke Paris untuk bertemu Presiden Perancis, Emmanuel Macron bagi menzahirkan solidariti berhubung perkara tersebut.

AS, pengeluar gas rumah hijau atau karbon dioksida kedua terbesar di dunia selepas China berikrar dalam perjanjian tersebut untuk mengurangkan pelepasan gas yang menyebabkan berlakunya pemanasan global sebanyak 26 peratus dalam tempoh 20 tahun pada tahun 2025.

The New York Times berkata, kumpulan yang tidak dinamakan Bloomberg setakat ini termasuk 30 datuk bandar, tiga gabenor, lebih 80 presiden universiti dan lebih 100 buah perniagaan.

Negeri-negeri yang diterajui ahli politik Demokrat termasuk California, New York Washington, Coneticut dan Rhode Island mengumumkan untuk menubuhkan Pakatan Iklim AS bagi menyatakan komitmen mereka terhadap pelaksanaan matlamat perjanjian itu.

Pakatan itu turut disokong oleh Gabenor Massachusett, Charlie Baker dan Gabenor Vermont, Phil Scott dari Parti Republikan. – AFP