Pasangan Tofa dan Tahura sebelum ini menjalani pembedahan sembilan jam pada Ogos 2017 dinasihatkan berada di hospital kerana kesihatan mereka dijangka lebih rumit.

Ibu mereka, Shahida Begum memberitahu, dia langsung tidak menyangka kedua-dua anak perempuannya itu sihat dan kini dibenarkan pulang ke rumah.

“Saya hampir-hampur putus harapan apabila dimaklumkan tidak ada doktor pakar di Bangladesh untuk melakukan pembedahan itu. Kalau pembedahan itu dilakukan di luar negara, ia akan melibatkan kos yang tinggi dan saya tidak mampu. Terima kasih kepada Allah,” katanya.

Bagaimanapun pembedahan pemisahan kembar siam itu dilakukan di sebuah hospital tempatan di Bangladesh. -AFP

Tofa, Tahura pulang ke rumah selepas dua tahun