Mirror Online melaporkan, tisu tandas atau ‘klosettpapier’ berjenama Edelweiss yang belum dibuka itu dimiliki generasi ketiga tentera berkenaan.

Barang yang dianggap ‘kemewahan ketika zaman perang’ itu adalah sebahagian daripada koleksi tentera Nazi yang akan dilelong di Rumah Lelong Whyte.

Difahamkan, tisu tandas itu dinamakan sempena nama bunga Edelweiss yang tumbuh di sekitar kawasan pergunungan.

Pendapat lain pula me­nyebut, nama tisu tandas itu berasal daripada lagu yang se­ring di­nyanyikan oleh tentera tersebut iaitu Es war ein Edelweiss yang bermaksud ‘itu Edelweiss’.

Menurut ketua pe­ngumpul barang-barang lama di rumah lelong tersebut, Stuart Purcell, tisu tandas itu merupakan antara bahan tinggalan sejarah pelik yang akan dilelong.

“Menakjubkan apabila ada seseorang pada 1945 mengatakan perlunya menyimpan tisu tandas kerana mungkin ada yang minat dengannya pada masa depan.

“Tentu anda pernah terfikir bahawa tisu ini pernah digunakan ketika zaman perang dahulu,” kata Purcell kepada agensi berita BBC.