Tindakan tersebut menggambarkan penentangan berterusan DPRK terhadap seruan antarabangsa supaya negara itu menghentikan segera program nuklear dan peluru berpandu balistiknya.

“Malah, aksi ditunjuk secara jelas telah mencabuli resolusi berkaitan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Malaysia membantah keras tindakan provokatif DPRK yang hanya akan mengeruhkan lagi situasi yang sudah tegang di Semenanjung Korea dan memberi kesan serius terhadap usaha memelihara keamanan serta keselamatan antarabangsa,” kata Kementerian Luar dalam satu kenyataan akhbar malam ini.

Selain itu, Malaysia juga mengambil pendirian untuk menggesa DPRK menghentikan sebarang pelancaran peluru berpandu dan mematuhi sepenuhnya obligasi antarabangsa seperti termaktub menerusi resolusi Majlis Keselamatan PBB.

Selain itu menurut kenyataan itu lagi, negara juga menyeru DPRK kembali komited terhadap dialog dan rundingan secara aman, bagi tujuan memelihara keamanan dan keselamatan serantau serta dunia secara amnya. - UTUSAN ONLINE