Sehubungan itu, Moscow mengingatkan pasukan tentera Rusia akan bertindak balas sekiranya pengeboman itu mengancam nyawa rakyatnya.

Menurut Ketua Kakitangan Umum Rusia, Valery Gerasimov, pihak mempunyai maklumat bahawa pemberontak di wilayah Ghouta Timur me­rancang untuk memalsukan serangan senjata kimia sebelum menuduh tentera Syria yang melakukannya.

Beliau berkata: “AS berhasrat menggunakan serangan palsu itu sebagai alasan untuk mengebom kawasan kompleks kerajaan berhampiran Damsyik, di mana penasihat ketenteraan, polis tentera dan pemantau gencatan senjata Rusia berpangkalan.

“Sekiranya berlaku ancaman terhadap anggota perkhid­matan kami, pasukan tentera kami akan bertindak balas terhadap serang­an yang dilakukan,” kata Gera­simov dalam ken­yataan tanpa menyatakan di mana serangan itu akan dilancarkan atau me­nunjukkan bukti jelas untuk menyokong kenya­taannya.

Sementara itu, di Washington, Pentagon berkata, Rusia harus memberi tumpuan kepada usaha menghentikan tindakan Pre­siden Syria, Bashar al-Assad daripada terus menye­rang penduduk tempatan.

“Kami menggesa Rusia berhenti mewujudkan gangguan dan memaksa rejim Bashar berhenti daripada menyeksa penduduk tempatan Syria yang tidak berdosa serta membenarkan bantuan dihantar kepada mereka di Ghouta Timur dan kawasan terpencil lain,”kata jurucakap Pentagon, Eric Pahon. – REUTERS

Meninggalkan Ghouta Timur sejak laluan kemanusiaan dibuka pada minggu lalu. – REUTERS