Tikus itu yang diketahui habitatnya di sebuah pulau pasir kecil terletak di utara Australia sudah tidak dikesan sejak sedekad lalu.

Penyelidik dari Queensland menyatakan punca utama kepupusan mamalia tersebut ‘hampir pasti’ ekoran banjir melanda pulau pasir itu mengakibatkan kehilangan habitat tikus berkenaan.

Menurut Kementerian Alam Sekitar Australia, mereka telah secara rasmi memindahkan haiwan itu ke dalam senarai ‘pupus’. - AFP