Manohar Lal Sharma yang akan mewakili pemandu bas dan dua defendan utama iaitu adiknya dan seorang lagi lelaki berkata, kes itu perlu dibicarakan supaya bukti dikumpul polis boleh dibentangkan di mahkamah dan menyoal balas bukti tersebut.

''Kami hanya mendengar apa yang polis kata. Ini bukti yang telah dimanupilasi. Semua ini adalah berasaskan khabar angin dan andaian,'' katanya.

Lima lelaki didakwa menyerang dan merogol gadis berumur 23 tahun itu, kes yang menimbulkan kemarahan rakyat dan menyaksikan peguam di daerah di mana kes itu difailkan, enggan membela tertuduh.

Tidak dapat dipastikan sama ada dua lagi tertuduh mempunyai peguam bela.

Suspek keenam kes tersebut akan dibicarakan secara berasingan kerana dia masih di bawah umur 18 tahun. - Reuters