Siasatan mendapati Roopan Diasrepinsan, 20; Nalliah Selvamany Rohan, 26; dan Kanthanadan Jasitharan, 23; yang ingin mencari pekerjaan di luar Sri Lanka, mendapatkan bantuan ejen di negara mereka untuk mengaturnya.


Menurut Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) dalam kenyataan dikeluarkan, Rohan dan Jasitharan tiba di Singapura bersama-sama Rajanikanth pada 18 Jun, manakala Diasrepinsan pada 26 Jun.

Pada 27 Jun, ketika tiga lelaki berkenaan ingin meninggalkan Singapura melalui pusat pemeriksaan Woodlands, para pegawai ICA membuat pemeriksaan susulan dan menahan mereka apabila mengesan terdapat kelainan pada visa Malaysia mereka. - BERNAMA