Perkara itu disuarakan oleh tiga Menteri Pertahanan dari tiga negara tersebut hari ini.

Setiausaha Negara AS, James Mattis, Menteri Pertahanan Jepun, Itsunori Onodera dan Menteri Pertahanan Korea Selatan, Song Young-Moo berikrar untuk mengenakan tekanan diplomatik terhadap Pyongyang termasuk mengukuhkan kerjasama ketenteraan.

“Ketiga-tiga menteri tersebut mendesak Korea Utara supaya ‘melupakan hasrat’ untuk membangunkan senjata nuklear secara bertanggungjawab dan jelas.

“Ketiga-tiga menteri itu juga mengutuk sekeras-kerasnya semua tindakan provokasi yang dilakukan oleh Korea Utara berhubung program senjata nuklearnya,” menurut kenyataan bersama ketiga-tiga pemimpin tersebut. - AFP