Penunjuk perasaan yang kebanyakannya terdiri daripada guru telah mengadakan sekatan jalan raya sejak beberapa hari lalu sebagai tanda protes dan mendesak pembaharuan dalam sistem pendidikan.

Tunjuk perasaan yang didalangi Koordinasi Pekerja Pendidikan Kebangsaan itu turut menuntut pembebasan dua pemimpin mereka.

Setiausaha Kesihatan Oaxaca, Hector Gonzales mengesahkan tiga terbunuh dan 46 cedera dalam insiden tersebut.

Dalam pada itu, pihak polis menafikan mereka menggunakan kekerasan dalam usaha menyurai tunjuk perasaan tersebut. - AFP