Dua lelaki berusia dalam lingkungan 30-an dan seorang wanita berusia 50-an ditemukan maut di Mission Beach, tengah hari ini.

Menurut pihak berkuasa, siasatan awal mendapati seorang daripada mangsa dipercayai melanggar dua penerjun yang sedang melakukan tandem, selain dikatakan mempunyai masalah dengan payung terjun.

Seorang saksi memberitahu bahawa orang ramai berasa sedih dengan kejadian itu, terutamanya penduduk di Mission Beach.

“Saya melihat seorang daripada penerjun itu mempunyai masalah dengan payung terjunnya sebelum dia terjatuh ke daratan,” katanya. – AFP