Menurut jurucakap kementerian kesihatan, Wahidullah Majroh, sekurang-kurangnya enam orang dilaporkan cedera dalam insiden terbabit dan angka tersebut bakal meningkat.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Najib Danish berkata, polis sedang bertempur dengan sekumpulan lelaki bersenjata di Dasht-e-Barchi dan Shar-e-Naw.

Kumpulan pengganas Daesh mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu. - REUTERS