Anggota Batalion Tindakan Rapid Elit Bangladesh (RAB) menahan keempat-empat lelaki itu yang menaiki sebuah bot nelayan di muara sungai Naf berhampiran sempadan kedua-dua negara.

``Kami menahan empat lelaki yang cuba menyeludup pil Yaba. Tiga daripadanya adalah etnik Rohingya dari Myanmar manakala seorang lelaki tempatan,’’ kata Komander RAB, Mejar Ruhul Amin.

Menurut beliau, dua daripada suspek Rohingya itu baharu tiba ke wilayah ini dan seorang lagi merupakan pelarian yang telah lama berada di kem Cox’s Bazar.

Yaba yang merupakan perkataan Thailand bermaksud `ubat gila’ yang mengandungi campuran Methamphetamine dan kafein serta amat popular dalam kalangan golongan muda di Bangladesh. - AFP

habis.