Dua penyeludup itu ditahan bersama-sama pendakwa raya terbabit yang cuba membawa mereka melepasi kawalan keselamatan tanpa dikesan.

Menurut kenyataan mahkamah wilayah Samut Prakan, ketiga-tiga tertuduh didapati melanggar undang-undang ‘import barangan terlarang secara haram’.

Tahun lalu, dua lelaki berkenaan, Thitirat Arai dan Kansini Anutranusatra melarikan diri ketika mereka ditahan oleh pegawai kastam yang melakukan pemeriksaan ke atas beg. Mereka kemudiannya berjaya ditangkap.

Pihak berkuasa menemukan 21 tanduk badak sumbu seberat 49 kilogram dari Afrika.

Tambah kenyataan mahkamah, timbalan pendakwa raya awam, Woraphas Boonsri cuba memujuk pegawai kastam supaya tidak memeriksa beg dibawa oleh Thitirat serta Kansini dan menawarkan rasuah.

“Dia memberitahu pegawai kastam beg berkenaan mengandungi botol wain,” kata kenyataan terbabit. - AFP