Suspek warga tempatan yang masing-masing berusia 30 tahun, 26 tahun dan remaja berusia 21 tahun kini ditahan selepas didakwa cuba membeli senapang separa automatik untuk melancarkan serangan itu.

Menurut polis, remaja berkenaan kini menghadapi tuduhan merancang serangan pengganas.

Pasport milik ketiga-tiga suspek telahpun dibatalkan awal tahun ini.

Penahanan itu dilakukan Pasukan Menangani Keganasan yang dianggotai polis persekutuan dan negeri, Pertubuhan Perisikan Keselamatan Australia dan agensi keselamatan lain. - Reuters