Manakala, Pejabat Sheriff Butte County pada Isnin mengesahkan angka kematian kekal 85 orang.

Kebakaran yang dianggap terburuk di Amerika Syarikat itu berjaya dipadam sepenuhnya pada 25 November lalu.

Daripada kesemua mayat yang ditemui, 50 daripadanya telah dikenalpasti manakala 31 lagi masih dalam proses pengecaman.

Tiada baki mayat ditemukan sehingga awal Disember, tetapi misi pencarian akan tetap diteruskan.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.