BEKAS Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kofi Annan. - Agensi

Suruhanjaya tersebut yang diketuai oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kofi Annan menyarankan kerajaan Myanmar pada April lalu untuk membentuk satu strategi komprehensif berhubung penutupan kesemua kem pelarian penduduk tempatan di Rakhine.

Menurut Penasihat Keselamatan Kebangsaan dalam satu kenyataan kepada kerajaan Myanmar berkata, tiga kem yang ditutup ialah di Kyaukphyu, Pauktaw dan Ramree.

“Kebanyakan daripada mereka dipindahkan ke kampung Min That Phar yang berdekatan manakala sebahagian lagi ke perkampungan lain di mana mereka mempunyai saudara-mara,” kata jurucakap kerajaan Rakhine, Min Aung kepada agensi Anadolu melalui perbualan telefon semalam.

Tambah beliau, pihak berkuasa tempatan turut menyediakan bantuan perumahan dan kewangan kepada mereka yang dipindahkan. - BERNAMA