BAITULMAQDIS 18 Okt. - Ketua parti pembangkang utama Israel iaitu Parti Buruh mencetuskan kemarahan ramai pihak semalam apabila mendakwa projek penempatan Israel tidak mengganggu proses rundingan damai dengan Palestin.
Avi Gabbay dalam satu temu bual bersama saluran televisyen komersial, Channel Two berkata, konsep mengetepikan pembinaan projek itu semata-mata bagi memastikan kejayaan rundingan damai dianggap sebagai ‘ketinggalan zaman’.
“Jika kamu mahukan perdamaian, mengapa perlu menghentikannya (pembinaan projek penempatan)?” soal bekas Menteri Kabinet Israel itu. - AFP