Bagi menyembunyikan­nya suspek, Niphon Cha­ng­kaew, 38, kemudian­nya membakar rumah ma­ngsa yang terletak di daerah Sam Roi di wilayah Prac­huap Khiri Khan.

Bagaimanapun lapor Bangkok Post, helah suspek terbongkar apabila dia diberkas polis malam Rabu lalu sebelum membuat pe­ngakuan melakukan je­nayah itu kepada pihak berkuasa, semalam.

Jurucakap polis Thailand, Suwira Songmetta berkata, selepas disoal siasat, Niphon mengaku me nembak mati Samran Phe­t­­prdap, isterinya, Rungthip Saithong dan anak mereka dalam kejadian itu

Niphon yang bekerja di kolam udang yang di­usahakan Samran berkata, wang adalah sebab utama dia melakukan pembunuhan kejam itu.

Dakwa Niphon, dia ma­sih tidak menerima gajinya sebanyak 8,000 baht (RM1,020) bagi tempoh tiga bulan pertama seperti yang dijanjikan manakala gaji selebihnya tidak dibayar mengikut masa yang ditetapkan.

Dalam kejadian itu, ang­gota dari balai polis Sam Roi Yot menemukan sebuah kediaman setingkat yang musnah terbakar dengan tiga mayat rentung berada di dalam premis berkenaan.

Bagaimanapun, polis menukar siasatan kes kepada kes bunuh selepas hasil bedah siasat mendapati kesemua mangsa ditembak di kepala menggunakan sebuah pistol.

Polis turut menemukan bahan bukti lain seperti tiga bekas petrol 200 liter kira-kira 20 meter dari rumah itu selain sepucuk pistol tidak jauh lokasi jenayah tersebut.