Kedua-dua bekas pemimpin negara itu dilihat berbual-bual dengan sekumpulan lelaki di sebuah hotel di negara berkenaan namun identiti lelaki itu tidak dapat dipastikan.

Kedua beradik itu muncul selepas ahli Parlimen daripada parti pimpinan Thaksin, Puea Thai memaklumkan mereka telah bertemu dengan Thaksin pada minggu lalu di Hong Kong.

Menurut mereka, Thaksin menggesa kepada perpaduan parti menjelang pilihan raya umum tidak lama lagi. - REUTERS