Kenyataan itu juga yang pertama sejak adiknya yang juga bekas Perdana Menteri, Yingluck melarikan diri dari negara ini menjelang keputusan mahkamah berhubung kes kecuaian yang dihadapinya.

Menerusi status itu, Thaksin memetik kata-kata ahli falsafah Perancis, Charles de Montesquieu yang menyebut `tiada yang lebih zalim daripada yang berselindung di sebalik undang-undang atas nama keadilan’.

Mesej itu dengan pantas tular di media sosial Thailand dan dimuat naik semula lebih 4,000 kali dalam tempoh lima jam. - AFP

habis.