Bagaimanapun, jurucakap kerajaan Lt Jen Sansern Kaewkamnerd berkata, tujuh laluan lintas itu akan diletakkan dalam pantauan pihak berkuasa bagi menyekat sebarang aktiviti haram seperti penyeludupan.

“Rakyat kedua-dua negara masih boleh menggunakan laluan bot itu tetapi pemeriksaan akan dipertingkat bagi menyekat kejadian tidak diingini di kawasan itu,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Katanya, untuk itu Perdana Menteri Jen Prayut Chan-o-cha telah mengarahkan pihak-pihak berkaitan di sempadan agar meningkatkan kewaspadaan.

Penduduk itu mendakwa langkah itu yang dilaksanakan Jumaat lepas mendatangkan kesan negatif terhadap kehidupan mereka.

Menurut jurucakap itu, dua daripada tujuh laluan lintas itu dibuka oleh kerajaan sementara selebihnya dikendali secara bebas oleh penduduk tempatan. - BERNAMA