Timbalan Ketua Polis Divisyen Kesembilan, Mejar Jeneral Akkapop Prasitwattanachai berkata, selain polis, serbuan tersebut turut disertai oleh beberapa orang pegawai tentera.

“Serbuan dilakukan ke atas rumah terbabit yang dipercayai berfungsi sebagai stor untuk menyimpan kotak-kotak rokok berkenaan selepas maklumat berkaitan diterima hasil satu risikan.

“Kami percaya rokok-rokok itu akan diedarkan untuk pasaran selatan Thailand,” katanya kepada pemberita di sini.

Akkapop berkata, rampasan tersebut dipercayai terbesar setakat ini, namun memberitahu, pihaknya tidak sempat membuat sebarang tangkapan kerana kesemua suspek sempat meloloskan diri ketika serbuan dibuat. -BERNAMA