Dalam pada itu, beliau berkata banyak perkara yang boleh dikongsi antara negara Thailand dan Malaysia berikutan corak ekonomi dan politiknya yang hampir sama.

“Kita bersempadan jadi banyak perkara yang hampir sama, jadi kita boleh bertukar-tukar fikiran dalam usaha untuk memaju dan membangunkan lagi industri pelancongan dan perindustrian demi kesejahteraan kedua-dua negara,” katanya.

Sementara itu, Dondej menyangkal dakwaan bahawa pelancong Malaysia tidak dibenarkan masuk ke sempadan negara itu sekiranya tidak membawa sekurang-kurangnya RM1,000 seperti yang tular di laman sosial baru-baru ini.

“Perkara yang tular di laman sosial itu tidak benar kerana kita membenarkan pelancong Malaysia masuk ke sini dengan jumlah wang yang terpulang kepada mereka,” katanya. - BERNAMA