Tindakan itu dibuat sebagai tanda menyokong kempen memerangi pengedaran serta penyalahgunaan bahan terlarang itu oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini.

Di Ayutthaya, Thailand, lebih sembilan tan dadah termasuk jenis ‘methamphetamine’ atau ‘yaba’ dipercayai bernilai AS$590 juta (RM2.53 bilion) telah dibakar.

Sementara itu, pelbagai dadah bernilai kira-kira AS$217 juta (RM929.75 juta) pula telah dirampas di Myanmar sebelum turut dibakar oleh pihak berkuasa di sana. -REUTERS