Selepas ditahan di daerah Bang Kruai, Nonthaburi pagi semalam, lelaki berusia 62 tahun itu membawa pihak berkuasa ke rumahnya di daerah Bang Khen di mana para penyiasat menemukan beberapa bom paip dan bahan membuat bom termasuk PVC serta paku.

Siasatan awal polis mendapati suspek mempunyai kaitan dengan tiga kejadian letupan bom lain di Bangkok sejak 2007.

Seorang wanita, disyaki teman wanita lelaki itu, juga ditahan berhubung kejadian letupan bom di hospital berkenaan, yang menyebabkan 21 orang cedera.

“Agensi berkaitan sedang menyiasat kes ini, tetapi, yang pasti, suspek yang melakukan serangan itu. Pihak berkuasa juga sedang menyiasat motif di sebalik kejadian tersebut,” kata Timbalan Perdana Menteri, Prawit Wongsuwan. - BERNAMA