Serangan di Hospital Tentera Phramongkutklao itu secara kebetulan sama dengan tarikh ulang tahun ketiga rampasan kuasa tentera oleh tentera de­ngan pihak berkuasa mendakwa insiden terbabit didalangi oleh kumpulan antikerajaan junta.

Menteri Luar Thailand, Don Pramudwinai berkata, serangan bom boleh berlaku di mana-mana.

“Sebarang tindakan keganasan di hospital adalah bertenta­ngan dengan hak asasi manu­sia dan saya mahu rakyat asing tahu bahawa pasukan ke­­selamatan sedang berusaha menanga­ninya.

“Malah kami tidak mahu perkara ini berlaku dan jika kami dapat memberkas dalang sera­ngan itu adalah lebih baik,” katanya kepada media.

Sebagai salah sebuah destinasi percutian terkenal di Asia Tenggara, Thailand menarik kunjungan sebanyak 32.6 juta pelancong tahun lalu, pening­katan sebanyak sembilan peratus berbanding tahun sebe­lum­nya.

Namun sejak kebelakangan ini, Thailand sering dikejutkan dengan serangan bom terma­suk beberapa siri letupan di beberapa lokasi pantai terkemuka sekali gus mencetuskan persoalan tentang tahap keselamatan negara ini.

Menurut jurucakap kerajaan junta, Winthai Suvaree, tahap keselamatan akan dipertingkatkan susulan serangan semalam.

“Sebarang langkah keselamatan yang tidak berfungsi memer­lukan perubahan segera,” kata­nya.

Tentera Thailand merampas kuasa daripada kerajaan awam pada 22 Mei 2014 sekali gus menamatkan demonstrasi jalanan sejak beberapa bulan lalu yang bertujuan untuk menggulingkan sebuah pergerakan populis yang memenangi beberapa pilihan raya sejak tahun 2001.

Rampasan kuasa oleh tentera itu adalah yang ke-12 sejak tahun 1932 apabila Thailand menamatkan sepenuhnya pemerintahan be­raja. – REUTERS