Dadah berkenaan, 1.2 juta pil Yaba yang dihasilkan daripada sejenis dadah methamphetamine dan 1.1 tan ganja, dirampas daripada sebuah lori kecil kira-kira pada 3 petang waktu tempatan di daerah Banmor, wilayah Saraburi, semalam.

Ketika dirampas, dadah itu dipercayai akan dibawa ke Hatyai di selatan Thailand.

“Kami percaya dadah berkenaan dirancang untuk diseludup masuk ke Malaysia dari Hatyai dan dari sana (Malaysia), ia akan dihantar ke sebuah negara ketiga.

“Kami tidak menolak kemungkinan dadah itu disasarkan untuk dihantar ke sebuah negara Eropah setelah tiba di Malaysia, di mana harganya boleh meningkat tiga atau empat kali ganda,” kata sumber berkedudukan tinggi kepada Bernama hari ini.

Menurut sumber itu, empat lelaki berusia diantara 42 dan 54 tahun ditahan bagi membantu siasatan berkaitan sebuah rangkaian dadah antarabangsa yang mempunyai hubungan dengan Eropah. - BERNAMA