Dalam operasi tersebut, tiga kapal pengangkut ditahan selepas didapati membawa bahan terlarang itu.

“Dadah itu dibungkus kemas dengan plastik kalis air untuk mengelaknya terjejas oleh perjalanan lasak melalui laut untuk dibawa ke Malaysia.

“Walaupun Malaysia menjadi destinasinya, ia tidak bermakna semua konsinan itu adalah kegunaan domestik kerana ia juga boleh dieksport ke negara ketiga pula,” kata ketua ONCB, Sirinya Sitdichai.

Para pegawai ONCB turut menahan suspek pada Khamis lalu di Trang selepas menemukan 4.08 juta pil berkenaan yang disorok di sebuah ladang getah di wilayah Satun. - BERNAMA