“Mereka tidak akan bersembahyang di atas jalan raya, kami akan larang solat di jalan raya,” kata Menteri Dalam Negeri Pe rancis, Gerard Collomb.

Solat Jumaat di jalan raya kerap diadakan di Clichy-la-Garenne sejak bulan Mac lalu bagi membantah penutupan sebuah masjid tempatan terkenal yang beroperasi di sebuah bangunan kerajaan yang kemudian ditukar kepada perpustakaan.

Umat Islam menuduh pihak berkuasa tidak menawarkan tanah yang sesuai untuk pembinaan sebuah masjid baharu dan menteri dalam negeri mengakui perkara itu.

“Umat Islam mesti mempunyai tempat untuk beribadah, justeru kami akan pastikan kami menyelesaikan konflik ini dalam beberapa minggu lagi,” kata Collomb.

Sebuah persatuan Islam berkata, mereka merancang mengadakan solat Jumaat di pusat bandar, minggu ini.

Pertikaian mengenai ruang so­lat menyaksikan kira-kira 100 ahli politik Perancis berusaha menyekat umat Islam daripada menunaikan solat Jumaat pada 10 November lalu, mengganggu jemaah dengan menyanyikan lagu kebangsaan Perancis.

Datuk B andar Clichy, Remi Muzeau sementara itu berhujah, sebuah masjid sudah pun wujud di utara bandar berkenaan namun pemimpin masjid menolak idea itu sebagai tidak praktikal dengan menyifatkan premis ter­babit terlalu kecil dan mempunyai sistem kemudahan awam yang teruk.

Perancis mempunyai kira-kira lima juta penganut Islam dan kebimbangan mengenai agama mencabar undang-undang sekular Perancis menjadi kempen utama pilihan raya Presiden tahun ini. – AFP