Suspek yang dikenali sebagai Eko, 28, merupakan seorang penduduk dari Mukim Sumberejo melakukan perbuatan itu setelah rumah anggota polis terbabit, Aipda Mat Sulis memasang kamera litar tertutup (CCTV).

Sulis merupakan pegawai polis di Balai Polis Sat Lantas Bojonegoro bertindak pantas dengan menahan suspek berkenaan selepas melihatnya di CCTV.

“Motosikal itu saya curi dari rumah mangsa dan kemudian terus melarikan diri,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Polres Bojonegoro di sini baru-baru ini.

Suspek mengakui mencuri motosikal jenis Honda Vario S3000 kerana tidak dikunci.

Dia kemudian menolak motosikal tersebut keluar dari rumah mangsa dan kemudian mengubah kunci motosikal itu supaya tidak mudah dicuri oleh orang lain.

Suspek tidak mengetahui bahawa tindakannya telah dirakam CCTV yang dipasang oleh Sulis.

“Saya mencuri motosikal kerana terpaksa menggunakannya memandangkan kenderaan saya rosak dan inilah kali pertama saya mencuri. Saya tidak mengetahui bahawa motosikal itu milik seorang pegawai polis,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Bojonegoro, AKBP Wahyu S Bintoro merayu orang ramai supaya berwaspada dengan penjenayah walaupun berada di dalam rumah sahaja.

“Orang ramai harus tetap berhati-hati dalam persekitaran rumah mereka sendiri dan perlu mengunci motosikal walaupun berada dalam kediaman sendiri,” tegasnya. – DETIK.COM