Menurut pengkaji, Yuzhen Yan dari Universiti Princeton, ge­lem­bung udara yang terkumpul da­lam teras ais mengandungi gas rumah hijau yang terbentuk dari­pada atmosfera bumi ketika itu.

Teras ais tersebut juga mendedahkan paras karbon dioksida ketika itu kurang daripada 300 bahagian persejuta dan lebih ren­dah berbanding paras ketika ini iaitu 405 bahagian persejuta, sekali gus dapat memberi gambaran bagaimana zaman ais terbentuk.

Beberapa model ramalan ik­lim purba juga mendapati paras karbon dioksida yang rendah ke­­tika itu antara punca yang men­cetuskan siri zaman ais di bumi.

Bagaimanapun, hasil kajian ter­­­hadap fosil binatang purba yang hidup di per­airan cetek me­nunjukkan paras karbon dioksida yang tinggi.

Kajian tersebut dilakukan di Alan Hills, iaitu kawasan ber­angin di Antartika Timur berhampiran Stesen McMurdon yang terkenal dengan tapak meteorit purba.

Teras ais terbentuk daripada lapisan ais biru yang secara dinamiknya mampu mengawet lapisan ais zaman purba.

Ais biru terbentuk apabila salji turun ke atas glasier dan dimampatkan sebagai sebahagian daripada bongkah ais. – AGENSI