Menerusi kajian klinikal yang dilakukan oleh Universiti VU di Belanda terhadap 116 orang pesakit, rawatan menggunakan aplikasi realiti maya dapat mengurangkan tekanan interaksi sosial dalam kalangan mereka.

Dianggarkan sebanyak 90 pe­­­­ratus pesakit kemurungan ber­depan dengan pemikiran paranoid yang mendorong mereka berkelakukan yang tidak sepatutnya.

Keadaan itu juga menyebabkan pesakit mengelak daripada orang ramai dan membuat hubungan dengan mereka, selain gemar bersendirian.

Ketua pengkaji, Roos Pot-Kol­der berkata, kesemua pesakit yang dipecahkan kepada dua kumpulan itu diberikan rawatan standard dalam ujian tersebut termasuk ubat antipsikotik dan konsultasi psikologi.

Namun jelasnya, hanya satu daripada dua kumpulan pesakit berkenaan yang diberikan terapi realiti maya atau terapi tingkah laku kognitif (CBT) dalam sesi selama 16 jam dalam tempoh lapan hingga 12 minggu.

“Terapi realiti maya dilihat ber­upaya mengurangkan si­kap paranoid dan keletihan dalam kala­ngan pesakit masalah psikologi berbanding melakukan rawatan standard sahaja.

“Kecanggihan teknologi yang ada masa kini juga memberi pilihan yang lebih banyak kepada pesakit untuk meneroka cabaran dan gaya hidup yang mencabar menerusi realiti maya dan sekali gus membantu mereka untuk menghadapi situasi sebenar,” katanya.

Terapi itu melibatkan penggunaan karakter yang di­­letakkan da­lam empat situasi berbeza meliputi keadaan di jalanan, dalam bas, kafe dan pasar raya.

Kesemua situasi tersebut berfungsi meningkat­kan keyakinan pesakit un­tuk berinteraksi dengan ma­syarakat biarpun secara ma­ya. – AFP