BEIRUT 8 Mac - Tentera Syria dilaporkan berjaya menguasai separuh daripada wilayah Ghouta Timur yang menjadi kubu terakhir pemberontak.
Ketua Pertubuhan Pemantau Hak Asasi Manusia ke Syria, Rami Abdel Rahman berkata, kira-kira 62 penduduk tempatan terbunuh termasuk empat kanak-kanak dalam serangan udara dilancarkan oleh pesawat Rusia.
Sebanyak 50 bedilan udara melanda bandar berkenaan semalam.
Semalam, tentera kerajaan menguasai Beit Sawa, al-Ashaari dan kawasan berdekatan.
Ketika ini, seramai 867 penduduk dilaporkan maut sejak tentera Syria dan Rusia melancarkan kempen menyerang Ghouta Timur pada 18 Februari lalu. - AFP