Ketua hak asasi manusia PBB, Zeid Ra'ad al-Hussein berkata, keadaan di kawasan terakhir pemberontak yang dikepung berhampiran Damsyik itu menyamai bencana kemanusiaan.

"Kawasan-kawasan perumahan dibedil pada waktu siang dan malam sama ada melalui serangan darat dan udara memaksa orang awam bersembunyi di ruang bawah tanah," katanya dalam satu kenyataan, semalam. - REUTERS