Jurucakap tentera, Kapten Enrique Baldi berkata, satu bunyi bising yang ganjil, pendek, ganas dan bukan nuklear berlaku semasa letupan terjadi sebaik sahaja selepas komunikasi terakhir kapal selam berkenaan.

Kapal selam berkenaan dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke pangkalannya di sini pada 17 November lalu, dua hari selepas letupan tersebut.

Berita tentang pengesahan letupan tersebut mencetuskan kemarahan dan kesedihan anggota keluarga mangsa. - AFP