Serangan udara tentera Rusia di Syria itu dilancarkan selepas menerima maklumat perisikan satu pertemuan pada pemimpin kumpulan itu sedang dirancang, kata kementerian berkenaan di laman Facebook rasminya.

"Pada 28 Mei, kami menggunakan dron untuk mengesahkan tempat dan masa sekitar 00:35 dan 00:45, tentera udara Rusia melancarkan serangan ke atas lokasi pemimpin berkenaan dikesan,” katnaya.

"Berdasarkan maklumat diperolehi juga mendapati pertemuan dengan Baghdadi dibatalkan berikutan serangan itu,” kata kementerian berkenaan.

Tentera bersekutu diketuai Amerika Syarikat bagaimanapun tidak dapat mengesahkan Baghdadi telah terbunuh di dalam serangan tersebut.

Serangan itu dipercayai telah membunuh beberapa lagi pemimpin kanan Daesh iaitu sekitar 30 pemerintah lapangan dan sehingga 300 pengawal peribadi mereka, tambah kenyataan itu.

Tentara Rusia juga mendakwa para pemimpin Daesh itu berkumpul untuk membincangkan kemungkinan laluan yang boleh digunakan untuk berundur dari bandar berkenaan.

Baghdadi berusia 46 tahun berasal dari Iraq telah keluar daripada al Qaeda pada 2013, dua tahun selepas Osama Laden dibunuh tentera Amerika Syarikat. - REUTERS