Jumlah itu mewakili lebih 250,000 atau suku juta penduduk Rohingya berdasarkan perangkaan terbaharu Pertubuhan Bangsa-Bang­sa Bersatu, bertindak mendapatkan pelindungan di negara jiran Myanmar sejak tahun lalu.

Bagi tempoh dua minggu lalu sahaja, seramai 164,000 mema­suki Bangladesh untuk menyelamatkan diri daripada kekejaman tentera Myanmar dan juga golongan pelampau agama Buddha.

Menurut Mohammed Idrees, 10, yang dirawat di Hospital Kolej Perubatan Chittagong apabila cuping telinga kirinya hampir putus selepas ditembusi peluru yang di­tembak oleh tentera Myanmar, beliau tidak akan kembali ke kampung halamannya di Rakhine sehingga keamanan dipulihkan.

Idrees merupakan antara 60 pen­duduk Rohingya yang terpak­sa dirawat di hospital selepas ke­ganasan terbaharu tercetus di Rakhine, barat laut Myanmar sejak penghujung bulan Ogos lalu.

Dalam perkembangan lain, portal RFA melaporkan, pegawai ter­tinggi Myanmar kini mengadakan perbincangan untuk mengukuh dan meningkatkan tahap kese­la­matan sempadannya de­ngan Bangladesh melalui peluasan kawasan yang dibina pagar.

Tindakan itu didakwa untuk menghalang serangan pejuang Ro­hingya yang disifatkan sebagai kumpulan militan oleh kerajaan Myanmar dalam memudahkan pem­berian bantuan kemanusiaan.

Pihak keselamatan Myanmar se­be­lum ini menanam periuk api di kawasan sempadan atas dakwaan yang sama.– AGENSI