Pada Jumaat lalu, Reuters menyiarkan laporan khas yang mendedahkan dua gambar dalam buku berkenaan yang dikatakan operasi tentera Myanmar di wilayah Rakhine pada tahun lalu.

Namun sebenarnya dua gambar berkenaan adalah gambar arkib daripada konflik berbeza dan sekeping lagi gambar mempunyai kapysen yang salah.

Reuters mendapati dua gambar tersebut sebenarnya memaparkan situasi di Bangladesh dan Tanzania.

Gambar ketiga yang mempunyai kapsyen salah menunjukkan etnik Rohingya memasuki Myanmar dari Bangladesh namun hakikatnya adalah pelarian itu meninggalkan Myanmar.

Akhbar rasmi tentera, Myawady Daily menyiarkan kenyataan permohonan maaf itu dengan menyebut `Kami memohon maaf kepada pembaca dan pemilik gambar berkenaan atas kesilapan tersebut’. - Reuters