Menurut pengawal pantai Itali, kesemua pendatang tersebut merupakan mangsa kegiatan penyeludupan manusia di Libya.

Katanya, kumpulan penyeludup manusia telah menghantar 26 bot menuju Itali berikutan keadaan cuaca yang baik.

Tiga kapal tentera laut Itali yang menyertai operasi menyelamat itu setakat ini berjaya membawa 1,000 pendatang ke kawasan selamat. - REUTERS