Jurucakap tentera, Brigadier Jeneral Yahya Rasool berkata, kesemua 29 kawasan di Tal Afar berjaya ditawan selepas lapan hari pertempuran.

Bagaimanapun, pertempuran dilaporkan masih berlaku di al-Ayadiya iaitu sebuah kawasan kecil yang terletak kira-kira 11 kilometer ke barat laut Tal Afar. - REUTERS